Bina Academy — Autoriti Standard Industri Perlindungan Bangunan

Daripada Tukang Mahir Kepada Kontraktor Pakar Yang Ada Perniagaan Sebenar

Kemahiran sahaja tidak cukup. Bina Academy bina laluan lengkap untuk kontraktor dalam industri perlindungan bangunan — belajar kemahiran yang betul, dapat pensijilan yang diiktiraf, dan masuk rangkaian yang membawa kerja kepada anda.

Mahir di tapak. Kukuh dalam perniagaan.

1,700+ dilatih sejak 2019 Mata CCD CIDB (kursus terpilih) Institusi Kumpulan Bina
Kohort peserta Bina Academy meraikan sijil penyertaan mereka
1,700+
kontraktor & applicator
telah melalui latihan kami
Disokong kilang & R&D Kumpulan Bina Mata CCD CIDB untuk kursus terpilih Standard kerja diterbit & diaudit Tenaga pengajar turun padang setiap hari
Realiti industri

Ramai Kontraktor Mahir.
Sedikit Sahaja Yang Kukuh.

Kami jumpa corak yang sama berulang kali di seluruh Malaysia — kontraktor yang kerja tangannya cukup baik, tapi perniagaannya tersekat di takuk yang sama bertahun-tahun.

Harga makin dihimpit

Tanpa bukti kepakaran, anda bersaing atas harga semata-mata — dengan sesiapa sahaja yang mengaku “boleh buat”.

Kerja tidak konsisten

Bulan ini penuh, bulan depan kosong. Tiada saluran kerja yang tetap — semuanya bergantung pada kenalan.

Kepakaran tidak diiktiraf

20 tahun pengalaman, tapi di atas kertas anda sama sahaja dengan pendatang baru semalam.

Masalahnya bukan kemahiran anda. Masalahnya, tiada sistem yang menyokong kemahiran itu.

Tapak pembinaan — realiti harian kontraktor
Pelan kami untuk anda

Satu Laluan Lengkap, Empat Peringkat

Bina Academy bukan sekadar tempat kursus. Ia sebuah sistem yang membawa anda dari kemahiran, kepada pengiktirafan, kepada kerja — berperingkat, dengan hala tuju yang jelas.

01Belajar

Kuasai Kemahiran Yang Betul — Secara Praktikal

Kursus praktikal satu hari di pusat latihan kami di Bangi, dalam bidang perlindungan bangunan yang paling diperlukan pasaran. Bukan slide dan teori: anda turun padang, pegang tools, dan buat sendiri setiap kaedah dengan tunjuk ajar tenaga pengajar teknikal kami.

  • Kursus berjalan setiap bulan, kumpulan kecil — bidang baharu ditambah berperingkat
  • Mata CCD CIDB untuk kursus terpilih
  • Sijil penyertaan + spesifikasi kerja dibawa pulang
Lihat kursus yang akan datang →
Latihan praktikal torch-on membrane di pusat latihan kami di Bangi
02Diperakui

Dapatkan Pensijilan Yang Ada Makna

Selepas asas kemahiran, anda layak memasuki program pensijilan — pendampingan berstruktur di mana kerja anda dinilai mengikut standard yang diterbitkan, bukan sekadar hadir kelas dan ambil sijil.

“Sesiapa boleh mengaku pakar. Yang bertauliah, terbukti.” Itu beza kontraktor Bina Academy dengan yang lain di pasaran.

  • Penilaian kerja sebenar di tapak, bukan ujian bertulis semata
  • Pensijilan yang boleh disemak sesiapa sahaja secara terbuka
Fahami laluan pensijilan →
Sesi pendampingan dan penilaian berstruktur
03Dapat Kerja

Masuk Rangkaian Yang Membawa Kerja Kepada Anda

Kontraktor bertauliah tersenarai dalam direktori yang disemak oleh pemilik bangunan dan pemaju. Apabila permintaan masuk melalui ekosistem Kumpulan Bina, kerja disalurkan kepada rangkaian kontraktor bertauliah — bukan kepada sesiapa yang kebetulan menjawab telefon dahulu.

  • Direktori kontraktor bertauliah yang boleh disemak awam
  • Kepakaran anda dipadankan dengan projek yang sesuai
Lihat direktori kontraktor →
Kontraktor bertauliah menyiapkan kerja cat gelanggang sebenar
04Kukuh & BerkembangSedang dibina

Bina Perniagaan Yang Tidak Bergantung Pada Nasib

Peringkat seterusnya dalam pelan kami: kontraktor bertauliah dapat akses kepada sistem perniagaan — dari pengurusan kerja dan sebut harga, kepada akses pembiayaan projek, kepada pembinaan profil dan jenama anda sendiri.

  • Kurikulum perniagaan: harga, kos, aliran tunai, kontrak
  • Akses pembiayaan projek untuk kontraktor bertauliah
  • Profil & media untuk naikkan nama anda di pasaran
Lihat pelan penuh perjalanan →
Perancangan perniagaan kontraktor
Apa yang menyokong laluan ini

Lima Tiang Di Belakang Setiap Kontraktor Kami

Setiap peringkat perjalanan disokong oleh lima tiang yang sama — inilah yang membezakan sistem daripada sekadar kursus.

Kemahiran

Latihan praktikal oleh tenaga pengajar yang turun padang setiap hari — bukan penceramah sewa.

Kepercayaan

Standard kerja diterbit, kerja diaudit, pensijilan boleh disemak. Bukti, bukan janji.

Permintaan

Kerja disalurkan kepada rangkaian bertauliah melalui ekosistem Kumpulan Bina.

Modal

Laluan pembiayaan projek untuk kontraktor bertauliah — supaya modal bukan penghalang kerja.

Media & Teknologi

Profil, kandungan dan tools digital untuk kontraktor membina nama dan mengurus kerja.

Mula di sini

Kursus Yang Akan Datang

Langkah pertama perjalanan anda. Pilih kursus yang sesuai dengan tahap anda — lihat semua di halaman Kursus.

Kursus praktikal waterproofing — latihan torch-on membrane
15 Julai 202610 Mata CCD CIDBKuota 40

Waterproofing Specialist Training

Kuasai 4 kaedah waterproofing — membrane, coating, cementitious & grouting — dengan tangan anda sendiri. Termasuk handbook spesifikasi, sijil dan group support.

RM1,997RM400
Daftar Sekarang
Kursus praktikal cat gelanggang sukan
29 Julai 2026Sijil PenyertaanTempat terhad

Kursus Cat Gelanggang Sukan

Dari tanda kawasan sampai garisan siap — 4 sesi praktikal di gelanggang sebenar. Termasuk spesifikasi kerja lengkap, sijil dan group support tenaga pengajar.

RM1,950RM600
Daftar Sekarang
Standard kerja dan spesifikasi diterbitkan
Tulang belakang sistem

Pensijilan Hanya Bernilai Jika Standard Di Belakangnya Kukuh

Sebab itu Bina Academy beroperasi sebagai autoriti standard — bebas daripada fungsi komersial Kumpulan Bina. Standard kerja diterbitkan secara terbuka, kerja kontraktor bertauliah diaudit, dan sesiapa sahaja boleh menyemak status pensijilan.

Dari padang latihan

Beginilah Rupa Latihan Kami

Demo squeegee cat gelanggang Latihan torch-on membrane Kohort di atas gelanggang siap Kerja garisan gelanggang Latihan praktikal waterproofing Sesi teori dalam kelas Kohort peserta bersama sijil
Bukti, bukan janji

Apa Kata Mereka Yang Telah Melaluinya

“Alhamdulillah, saya dah tak perlu nak hadap sub-kontraktor dan boleh suruh staff saya je yang buat. Jimat kos dan boleh naikkan keuntungan.”

N
Tn Nizamuddin — KlangBisnes bina rumah banglo

“Ilmu yang diajar memang A to Z. Terima kasih kepada tenaga pengajar sebab boleh ajar kami.”

S
Tn Shah — TapahFacility Manager

“Ilmu yang diajar memang A to Z. Terima kasih kepada tenaga pengajar sebab boleh ajar kami.”

Z
Tn Zaini — Kota KinabaluFacility Manager
0+
Peserta dilatih
0
Beroperasi sejak
0%
Latihan praktikal
0
Peringkat perjalanan
Siapa di belakang Academy

Di Belakang Academy Ini Ada Kilang — Bukan Sekadar Bilik Kuliah

Bina Academy ialah institusi latihan dan standard Kumpulan Bina — kumpulan yang bermula sebagai perniagaan cat pada tahun 1990-an dan mengeluarkan sistem perlindungan bangunan dari kilang sendiri sejak awal 2000-an.

Maksudnya: tenaga pengajar kami bukan penceramah. Mereka pasukan teknikal yang merumus produk, turun ke tapak, dan menyelesaikan kegagalan kerja setiap minggu. Apa yang diajar di Academy datang terus dari apa yang berlaku di padang.

Dan sebagai autoriti standard, Academy beroperasi bebas daripada fungsi komersial kumpulan — supaya pensijilan yang kami keluarkan mempertahankan nilainya.

Sejak 1990-anWarisan Kumpulan Bina dalam industri cat & perlindungan bangunan
Kilang sendiriSistem & produk dirumus dan dikeluarkan di kilang sendiri Kumpulan Bina
Pusat latihan BangiTapak latihan praktikal dengan gelanggang & permukaan sebenar
1,700+ alumniKontraktor, applicator & facility manager sejak 2019
Pusat latihan Bina Academy, Bandar Baru Bangi
Soalan lazim

Sebelum Anda Mula

Saya baru nak mula — tiada pengalaman langsung. Sesuai ke?+
Sesuai. Laluan kami bermula dari asas: kursus praktikal satu hari yang mengajar dari penyediaan permukaan hingga kaedah kerja lengkap. Ramai alumni kami bermula sebagai pekerja am atau tukang, dan kini mengambil kerja sendiri.
Saya kontraktor berpengalaman. Apa yang Academy boleh tambah?+
Pengiktirafan dan sistem. Pengalaman anda jadi bernilai di pasaran apabila ia disahkan dengan pensijilan yang boleh disemak — dan apabila anda masuk rangkaian yang menyalurkan kerja, bukan sekadar menunggu panggilan.
Apa beza sijil Bina Academy dengan sijil kursus biasa?+
Sijil kursus mengesahkan anda hadir. Pensijilan kami mengesahkan kerja anda menepati standard yang diterbitkan — dinilai di tapak, direkodkan, dan boleh disemak oleh sesiapa sahaja termasuk pemaju dan pemilik bangunan.
Macam mana nak mula?+
Langkah pertama: sertai satu kursus praktikal — waterproofing atau cat gelanggang sukan. Dari situ anda akan faham standard kerja kami, dan boleh menilai sama ada laluan pensijilan sesuai untuk anda. Atau terus mohon melalui halaman Mohon.

Sedia Naik Taraf Daripada Tukang Kepada Kontraktor Pakar?

Mulakan dengan satu kursus praktikal, atau terus mohon untuk perjalanan penuh. Pasukan kami akan hubungi anda.

Mula Perjalanan Anda