Sebab kita bina jualan lebih cepat daripada kita bina sistem. The Subcontractor Blueprint tunjuk 9 sistem yang buat bisnes kontraktor boleh bergerak walaupun Boss tak ada.
Percuma. PDF Bahasa Melayu. Terus boleh muat turun.
Anda dah ada projek. Dah ada pekerja. Dah ada supervisor yang boleh jaga site. Tapi bila projek bertambah, masalah pun bertambah.
Quotation masih tunggu Boss.
Site ada masalah, Boss kena masuk.
Barang tak cukup, Boss kena decide.
Pekerja ada isu, Boss kena settle.
Claim lambat, Boss kena kejar.
Payment tak masuk, Boss juga yang kena follow up.
Ramai cuba selesaikan dengan kerja lebih kuat, atau tambah orang. Tapi kalau sistem masih berserabut, orang baru cuma masuk ke dalam kekeliruan yang sama.
Kerja kuat mungkin bawa anda ke zon tengah. Tapi hanya sistem yang boleh bawa anda keluar.
Kalau tiga atau lebih kena dengan bisnes anda sekarang — buku ini memang ditulis untuk anda.
Syarikat kami dah menjalankan kerja kontraktor sejak 1990. Waterproofing. Painting. Coating. Kerja specialist yang banyak melibatkan manpower, material, site coordination, claim dan payment.
Dalam satu projek maintenance bernilai lebih kurang RM400,000, jangkaan kami masa tu mudah. Projek besar. Tambah pekerja. Kerja cepat siap. Claim cepat.
Kami tambah manpower sampai hampir dua belas orang, dua supervisor dan seorang project coordinator. Kami rasa itulah era kebangkitan.
Kami silap.
Kami tambah orang, tapi sistem kami belum bersedia untuk urus pasukan dan projek sebesar itu. Projek yang sepatutnya siap dalam enam bulan berlarutan hampir setahun. Progress susah nak ukur. Claim tertangguh. Gaji mula terjejas. Pada satu tahap, kami terpaksa guna duit daripada projek lain untuk tampung projek tersebut.
Kami dah menang projek besar. Tapi projek besar tanpa sistem boleh jadi beban.
“Menang projek bukan penamat. Sistem perlu berkembang bersama jualan.”
Profit bukan bermula masa projek siap. Profit dirancang dalam Pipeline, dilindungi semasa Project, dan direalisasikan dalam Profit. Sebab itu ketiga-tiga enjin ini kena bergerak sama-sama.
Pastikan kerja yang betul masuk ke dalam bisnes. Bukan sekadar banyak inquiry.
Source, Mix, System, Measure. Berhenti marketing bermusim — bila projek banyak kita sibuk, bila projek habis baru kalut cari kerja.
Lead, Site Visit, Quotation, Secured. Bukan setiap nombor telefon ialah peluang jualan.
Material, Assets, Risk Reserve dan seterusnya. Rugi bukan mula masa buat kerja. Rugi sebab salah buat kira-kira.
Margin yang kita kira sebelum projek boleh hilang masa kerja berjalan.
Tugas, Kuantiti, PIC, Deadline, Quality. Ramai orang tidak semestinya produktif.
Progress, skop, risiko. Cerita boleh diputar — bukti dan dokumentasi jadi alat pertahanan kita.
Barang masuk, barang keluar, baki di site. Semua barang tu duit.
Bila dokumen tak lengkap, claim lambat. Bila claim lambat, payment pun lambat.
Kerja siap belum bermaksud projek dah berjaya.
Revenue, Profit, Cash Received, Cash Available — empat nombor berbeza. Baki bank bukan duit lebihan.
Final claim, kos sebenar, warranty, pelajaran. Kalau projek tak ditutup betul, kita ulang kesilapan yang sama.
Minggu 1 kenal pasti · Minggu 2 bina · Minggu 3 jalankan · Minggu 4 review. Termasuk worksheet untuk isi.
Jangan cuba bina semua sembilan sistem serentak. Pilih satu.
Isi empat kotak di bawah. Buku terus terbuka selepas anda hantar.
Kami dah isikan nama dan nombor anda daripada scorecard. Semak, kemudian tambah email dan negeri.
Pilih satu bottleneck.
Bina satu sistem.
Pastikan team boleh jalankan.
Kemudian bergerak kepada yang seterusnya.
Itulah perjalanan daripada tukang kepada owner bisnes.
Ditulis oleh team Bina — kontraktor specialist sejak 1990.
Bina Academy · binaacademy.com