Bina Academy
Buku percuma untuk owner subkontraktor

Projek Makin Banyak.
Kenapa Boss Makin Sibuk?


Sebab kita bina jualan lebih cepat daripada kita bina sistem. The Subcontractor Blueprint tunjuk 9 sistem yang buat bisnes kontraktor boleh bergerak walaupun Boss tak ada.

  • Kenapa projek besar boleh jadi beban, bukan peluang — dan macam mana nak elak
  • Framework 3P — Pipeline, Project, Profit — dan 9 sistem di bawahnya
  • Pelan Tindakan 30 Hari: pilih satu sistem, bina, jalankan, review

Percuma. PDF Bahasa Melayu. Terus boleh muat turun.

Kulit buku The Subcontractor Blueprint — Dari Tukang Kepada Owner Bisnes
Realiti di site

Nampak Macam Berkembang. Sebenarnya Boss Cuma Tanggung Lebih Banyak.


Anda dah ada projek. Dah ada pekerja. Dah ada supervisor yang boleh jaga site. Tapi bila projek bertambah, masalah pun bertambah.

Quotation masih tunggu Boss.

Site ada masalah, Boss kena masuk.

Barang tak cukup, Boss kena decide.

Pekerja ada isu, Boss kena settle.

Claim lambat, Boss kena kejar.

Payment tak masuk, Boss juga yang kena follow up.

Ramai cuba selesaikan dengan kerja lebih kuat, atau tambah orang. Tapi kalau sistem masih berserabut, orang baru cuma masuk ke dalam kekeliruan yang sama.

Kerja kuat mungkin bawa anda ke zon tengah. Tapi hanya sistem yang boleh bawa anda keluar.

Semak diri

Buku Ini Untuk Anda Kalau:

  • Projek ada, tapi cash flow masih ketat
  • Jualan nampak besar, tapi untung sebenar kurang pasti
  • Team dah ada, tapi kerja masih perlu dipantau hari-hari
  • Costing masih banyak bergantung pada pengalaman
  • Progress projek banyak berdasarkan cakap mulut
  • Material susah nak track
  • Claim dan payment selalu lambat
  • Bila Boss tak ada, banyak benda mula tersekat

Kalau tiga atau lebih kena dengan bisnes anda sekarang — buku ini memang ditulis untuk anda.

Kenapa kami layak tulis buku ni

Kami Belajar Benda Ini Melalui Pengalaman Yang Mahal.


Syarikat kami dah menjalankan kerja kontraktor sejak 1990. Waterproofing. Painting. Coating. Kerja specialist yang banyak melibatkan manpower, material, site coordination, claim dan payment.

Dalam satu projek maintenance bernilai lebih kurang RM400,000, jangkaan kami masa tu mudah. Projek besar. Tambah pekerja. Kerja cepat siap. Claim cepat.

Kami tambah manpower sampai hampir dua belas orang, dua supervisor dan seorang project coordinator. Kami rasa itulah era kebangkitan.

Kami silap.

Kami tambah orang, tapi sistem kami belum bersedia untuk urus pasukan dan projek sebesar itu. Projek yang sepatutnya siap dalam enam bulan berlarutan hampir setahun. Progress susah nak ukur. Claim tertangguh. Gaji mula terjejas. Pada satu tahap, kami terpaksa guna duit daripada projek lain untuk tampung projek tersebut.

Kami dah menang projek besar. Tapi projek besar tanpa sistem boleh jadi beban.

“Menang projek bukan penamat. Sistem perlu berkembang bersama jualan.”

Apa dalam buku ini

Sistem 3P — Tiga Enjin, Sembilan Sistem


Profit bukan bermula masa projek siap. Profit dirancang dalam Pipeline, dilindungi semasa Project, dan direalisasikan dalam Profit. Sebab itu ketiga-tiga enjin ini kena bergerak sama-sama.

Enjin 1 — Pipeline

Pastikan kerja yang betul masuk ke dalam bisnes. Bukan sekadar banyak inquiry.

1

SMSM Marketing System

Source, Mix, System, Measure. Berhenti marketing bermusim — bila projek banyak kita sibuk, bila projek habis baru kalut cari kerja.

2

LSQS Conversion System

Lead, Site Visit, Quotation, Secured. Bukan setiap nombor telefon ialah peluang jualan.

3

MARGIN Costing System

Material, Assets, Risk Reserve dan seterusnya. Rugi bukan mula masa buat kerja. Rugi sebab salah buat kira-kira.

Enjin 2 — Project

Margin yang kita kira sebelum projek boleh hilang masa kerja berjalan.

4

Daily Output System

Tugas, Kuantiti, PIC, Deadline, Quality. Ramai orang tidak semestinya produktif.

5

Client Reporting Dan Scope Control

Progress, skop, risiko. Cerita boleh diputar — bukti dan dokumentasi jadi alat pertahanan kita.

6

Material Control System

Barang masuk, barang keluar, baki di site. Semua barang tu duit.

7

Project Documentation System

Bila dokumen tak lengkap, claim lambat. Bila claim lambat, payment pun lambat.

Enjin 3 — Profit

Kerja siap belum bermaksud projek dah berjaya.

8

Collection Dan Cash Allocation System

Revenue, Profit, Cash Received, Cash Available — empat nombor berbeza. Baki bank bukan duit lebihan.

9

Project Closing System

Final claim, kos sebenar, warranty, pelajaran. Kalau projek tak ditutup betul, kita ulang kesilapan yang sama.

+ Pelan Tindakan 30 Hari

Minggu 1 kenal pasti · Minggu 2 bina · Minggu 3 jalankan · Minggu 4 review. Termasuk worksheet untuk isi.

Jangan cuba bina semua sembilan sistem serentak. Pilih satu.

Soalan lazim

Sebelum Anda Tanya

Ini buku teknikal?
Bukan. Kami tak ajar cara buat waterproofing, mengecat, flooring atau coating. Ini buku pengurusan bisnes kontraktor.
Bidang saya lain — flooring, roofing, sealant, renovation, M and E. Sesuai tak?
Sistem binaan mungkin berbeza. Tapi masalah pengurusan tetap sama — manpower, material, progress, claim, payment. Buku ini paling dekat dengan subkontraktor specialist yang buat kerja secara project-based.
Saya baru nak masuk bidang kontraktor.
Buku ini bukan untuk yang baru nak cuba-cuba. Ia ditulis untuk owner yang dah ada projek, dah ada pekerja, dan dah mula rasa sesak.
Betul ke percuma?
Betul. Kami hanya minta nama, email, WhatsApp dan lokasi supaya kami boleh hantar buku dan benda berguna selepas ini. Anda boleh berhenti bila-bila.
Berapa tebal? Sempat ke saya baca?
Setiap sistem ditulis pendek dan boleh dibaca berasingan. Anda tak perlu habiskan semua hari ini. Baca satu bab, isi scorecard, pilih satu sistem.

Hantar Ke Mana Kami Patut Hantar Buku Ini?

Isi empat kotak di bawah. Buku terus terbuka selepas anda hantar.

Kami dah isikan nama dan nombor anda daripada scorecard. Semak, kemudian tambah email dan negeri.

Isi nama anda.
Email nampak tak lengkap. Cuba semak semula.
Nombor WhatsApp nampak tak cukup. Cuba semak semula.
Pilih negeri anda.
Pilih julat jualan anda.
Pilih kerja utama anda.

Kami hantar buku dan tips sistem kontraktor. Tiada spam. Boleh berhenti bila-bila.
Maklumat anda kekal dengan Bina Academy sahaja.

Anda Tak Perlu Bina Semua Sembilan Sistem Hari Ini.


Pilih satu bottleneck.

Bina satu sistem.

Pastikan team boleh jalankan.

Kemudian bergerak kepada yang seterusnya.

Itulah perjalanan daripada tukang kepada owner bisnes.

Bina Academy

Ditulis oleh team Bina — kontraktor specialist sejak 1990.
Bina Academy · binaacademy.com